Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani
pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita
negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi
energi negatif terhadap pemikiran kita.Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di
persekitaran kita.
Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan
hari anda dan boleh digunakan inspirasi kepada hubungan anda.
1
Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan
merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan
meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).
2 Lelaki yang mencium isterinya
di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki
yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar
pelukan manja pun ok)
3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)
4 43%
wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email
dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. (
Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)
5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin
yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang
dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta
memang kelihatan seperti orang gila
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love,
apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin
sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa
gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan
yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu
mereka masih bersama dulu)
7
Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan
sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan
hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)
8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.
No comments:
Post a Comment